
Assalamua’laikum, post kali ni aku nak citer tentang kerjaya. Sebenarnya dari petang tadi aku dah siapkan posting ni tapi mase nak publish tetibe line tnet xde last2 hilang post panjang lebar yang aku taip, huhu sabor jela, saba tu kan sebahagian daripada iman.
Dari aku kecik aku berangan2 nak jadi power rangers hitam sebab asek tengok citer tu kat tv, die selamatkan orang pahtu kalahkan raksasa la macam2. Pahtu aku masuk sekolah rendah, mase ni plak aku mengimpikan nak jadi askar sebab bila cikgu tanya ramai kawan2 sekelas aku bagi jawapan tiga jenis, samada cikgu, askar ngan polis, aku pon pilihlah askar sebab tengok askar ni macam best boleh tembak2.
Masuklah aku ke alam sekolah menengah, kat sini plak aku dibagitau oleh keluarga, kawan2 ngan cikgu sekolah yang kerjaya sebagai doktor sangat bagus sebab gaji besar dan lambang kejayaan seseorang. Aku pon letak lah impian nak jadi doktor bile berkerjaya nanti, aku pon berusahalah bersungguh2 bagai nok rok mengejar impian.
berbunga2lah harapan aku nak jadi doktor bile dipilih mengambil jurusan sains tulin, ditambah dengan ape yang pernah cikgu kelas aku bagitau yang student jurusan sains tulin ni senang dapat kerja, pergh seronak betol aku time tu. Study lah aku, belajar punyer belajar masuklah matrik, kat matrik pon dapat jurusan sains hayat, semakin cerahlah harapan dan sangkaan aku untuk jadik doktor.
Setelah menamatkan pengajian di matrik impian dan cita2 aku telah berubah, berubah disebabkan persaingan yang begitu hebat, akhirnya impian tu aku terpaksa kuburkan saje. Masuklah aku di universiti malaysia terengganu dengan mengambil jurusan kejuruteraan marin, dalam hati “munkin kos ni yang lebih sesuai untuk aku”.
Suda 3 tahun aku ngaji kat umt, macam2 pengalaman aku dapat, pengalaman pahit, manis, payau, kelat, masin macam2 adaaaa. Dalam hati aku berkate “habis ngaji t aku nak jadi engineer”, kawan ngan pensyarah pernah bagitau “beruntung dapat kos ni, tak banyak ada lagi kat ipta, peluang kerja lepas grade t senang, tambah2 peluang kerja dalam bidang maritim ni sangat luas”.
Aku pon seronak la bile dengar, bidang yang tak pernah aku fikir dalam pale sebelum ni, tulah yang aku ngah belajor skunk ni. Pengalaman demi pengalaman aku dapat melalui aku sendiri, sembang2 ngan orang n melalui sharing2. Last2 aku terfikir kalau ad title engineer sekalipon, tapi no life x best jugakkan, keluar 8pagi balik 6 petang, belum tambah obertime lagi.
Sikit ngat mase ngan pemily, kalau da ade anak bini esok lagi la, huhu yang paling aku bimbang semakin sikit mase untuk perjuangan islam dek kerana padatnya mase aku ngan kerjaya. Apa sebenarnya yang aku inginkan disebalik pemilihan kerjaya ni?
Fikir punyer fikir, akhirnya inilah resolusi aku, tadaaaa. Aku merancang untuk menumpukan kerjaya dalam bidang perniagaan, kebetulan aku ada sorang rakan kongsi perniagaan yang ada minded same cam aku. Tapi plan aku pas grade ni nak apply pensyarah ngajar budak diploma kat RANACo sebuah institusi pendidikan swasta yang menumpukan kursus2 berkaitan bidang maritim, sesuai sangatla ngan kos yang aku amek skunk ni, korang doa2kanlah aku yer. Sambil2 ngajar t bisness tetap jalan sambil2 kumpul modal sebelum buat full time bisness.
Sebab yang aku nak sangat buat bisness ni pertama sebab mase ditentukan oleh aku sendiri, kedua income dalam berbisness ni unlimited, potensi aku bukan setakat untuk rm1000-2000 bile kerje makan gaji ni tapi lebih daritu, ketiga mase aku untuk perjuangan islam tidak terhalang, aku bebas nk membantu gerak kerja islam tanpa perlu takut pape ugutan bile keje ngan orang nih.
Sikit pesanan aku sebagai orang tua kat korang2 yang mude ni, sebelum buat pape pilihan kenal dulu diri korang kat mane kekuatan dan kelemahan u all, then baru buat pilihan, tapi camane nak kenal diri kalu ngan tuhan pon korang x kenal, so dekatkan dulu diri ngan Allah insyaAllah pilihan tu adalah yang terbaik buat u all. K c u latter, tataz, salam a’laik